Super Savers! - North

|

Tupperware’s Modular Mates!

|


MENGAPA USAHAWAN GAGAL?

|

Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Antara faktor dan sebab mengapa usahawan gagal dijelaskan sebagaimana yang berikut....


Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang.
Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, la tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.

Gagal mengurus aliran tunai.
Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.
Suka bertangguh.
Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia mem-beri kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.

Mengambil mudah aspek persaingan. Usahawan mengambil pendirian, 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.

Strategi pemasaran yang tidak berkesan.
Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang Strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.

Khidmat pelanggan yang tidak cekap.
Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.

Pekerja tidak cekap dan tidak amanah.
Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.
Kemahiran terhad. Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.

Lokasi perniagaan tidak sesuai.
Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.

Tidak berfikiran jauh.
Usahawan tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus- serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.

Kurang pengalaman.
Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih ber-jaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.
Kurang modal kewangan.
Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak menjadi segantang.

Tiada sistem mengurus akaun yang efisien.
Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi.

Terlalu tamak berkembang.
Usahawan tidak 'mengukur baju di badan sendiri'. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.

Tiada penyambung kejayaan.
Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannya. Ada perniagaan yang berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar kacir apabila tampuk 'pemerintahan' diambil alih oleh si anak.

Sikap negatif usahawan.
Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

Di Manakah Tahap Kewangan Anda?

|

Saya kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu.Berikut adalah 4 tahap tersebut...

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun.Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi... kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni... kais bulan depan, makan bulan depan ;)Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini...

#2: Kewangan Selamat Ini adalah pilihan yang lebih baik.
Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan.Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada ditahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini... cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

#3: Bebas kewangan /
Tahap kewangan Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada ditahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela...Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet)atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Terlalu Kaya atau Ultra Rich
Tahap ini lagi la sedikit yang capai... teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta... (kita nak dapat beratus ribu pun payah ;) ) nama nama seperti Tan SriMokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim GohTong dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan. Buat masa ini, kita faham dulu kedudukan kewangan kita...Soalan cepu gangsa pada hari ini...Anda berada dalam kedudukan yang mana? ;)

Hubungi Kami

|

meerci
TUPPERWARE CONSULTANT

Bayan Lepas - Pulau Pinang

019 - 6791 791
admin.meerci@gmail.com.

Anda mempunyai pertanyaan?
Mahu memberi cadangan dan idea? atau mahu mengiklankan produk anda di laman web ini?
Sila email & kami akan menjawabnya secepat mungkin. Terima kasih.

BungaTelurSet

|

92874 Bunga Telur Set (10) 250ml
RM68.80 Now
RM86.00 Retail


Bunga Telur Blessings and more

Aidilfitri Set 17August - 30September

|



63516 Festive Tiffin
Rm108.00 Now

1. 63430 Tall Canister (1) 1oL = RM53.90 Now

2. 63464 OT Canister Large (2) 3.8L = RM63.70 Now

3.63514 OT Topper Large (4) 2.1L = RM95.40 Now

4. 63463 OT Canister Small (4) 2.0 L = RM87.40 Now


A227 Aidilfitri Serving Set = RM97.90 Now

1. 63183 Kurma Gift Set = RM34.90 Now

2. 63011 Salam Mesra Cake Gift Set = RM35.40 Now

3.91765 Colors of Spring Canister (4) 1.1 L = RM76.80 Now

4. 91724 Colors of Spring Servers (4) 500ml = RM48.30 Now

 

©2009 meerci | Template Blue by TNB