adakah anda seorang usahawan?Ramai orang mengimpikan untuk memulakan perniagaan sendiri tetapi tidak semua yang sesuai di dalam bidang ini. Bekerja untuk pihak lain menawarkan kelebihan yang banyak, daripada insurans kesihatan dan sumbangan persaraan yang setimpal sehinggalah ke jadual biasa dan rakan sepejabat. Jika anda terfikir untuk berusaha sendiri,pertimbangkan dengan teliti samada anda mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya. Usahawan yang berjaya mesti memiliki nilai-nilai berikut:
Disiplin
Berjimat
Keyakinan Diri
Skil Komunikasi Yang Baik
Rendah Hati Kejujuran
dan Keazaman
Skil Penyimpanan Rekod Yang Sangat Baik
Keghairahan
Kesukaan
Motivasi
Pembangunan Diri dan Pengetahuan Kesihatan Yang Baik
Kebolehan Mewujudkan Keseimbangan
Optimistik
Ciri-ciri peribadi akan banyak mempengaruhi potensi anda untuk berjaya sebagai usahawan. Sebelum mengambil risiko dari segi kewangan dan kerjaya, pastikan anda telah menafsirkan samada anda mempunyai komitmen dan apa yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya.Jika anda tidak mampu untuk mengetahui potensi yang ada pada diri anda, pelajarinya kerana setiap kemahuan yang ingin anda kecapi boleh dipelajari dan jika dipraktikkan dengan betul anda menghampiri kepada matlamat asal anda untuk berjaya. Setiap manusia dibekalkan dengan akal fikiran yang waras, gunakan kelebihan ini bagi membantu anda dan perniagaan anda dalam memastikan anda tidak ketinggalan dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.Sebagai manusia kita seharusnya digalakkan untuk berusaha dan mempelajari. Usaha dan tekad untuk mempelajari sesuatu yang baru itu perlu bagi membantu anda mengenalpasti peluang yang benar-benarbersesuaian dan serasi dengan naluri anda.
Ciri-ciri Usahawan
|Posts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment