Oleh: Irfan Khairi
Ramai yang tanya kepada saya, perniagaan apa yang perlu dilakukan ketika ekonomi merundum? Waktu kini di mana ramai pekerja terpaksa dihentikan, dan juga para penganggur yang sedia ada ramai, keadaan ekonomi yang merosot bagaikan memaksa ramai memikirkan untuk memulakan perniagaan.
Tetapi, perniagaan apa? Bagaimana hendak menjadi jutawan ketika gawat? Berikut adalah beberapa idea dan juga keadaan untuk anda fikirkan...
Sasarkan perniagaan anda kepada "baby boomers".Baby boomers merujuk kepada golongan yang lahir dalam lingkungan1945-1965. Ramai golongan ini dikatakan golongan yang "stable" dan tidak terjejas sangat dengan keadaan ekonomi (bukan seperti kita-kita yang muda-mudi ni! ).
Mereka mempunyai kuasa pembelian yang kuat oleh kerana mempunyai pendapatan untuk dibelanjakan yang banyak.Jika diikutkan, golongan babyboomers ini sedang dalam proses hendak pencen, atau baru pencen. Oleh itu, kuasa belian adalah agak tinggi.
Ingin memulakan perniagaan ketika gawat? Sasarkan golongan ini! Jual produk atau perkhidmatan yang "mampu dibeli" bukan mewah.Ketika ekonomi gawat, ramai akan mengurangkan perbelanjaan untuk bermewah. Ramai akan cuba mengurangkan kos sara hidup dengan mengurangkan perbelanjaan untuk bermewah.
Oleh yang demikian,ketika keadaan ekonomi gawat, produk dan perkhidmatan di dalam kategori "mewah" perlu dielakkan.Keadaan ekonomi gawat mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. To cut corners. Tidak berbelanja sesuka hati mengikut nafsu. Oleh yang demikian, gunakan pengetahuan ini untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Niagakan produk dan perkhidmatan yang dalam kemampuan ramai orang dan bukan produk atau perkhidmatan mewah.Mulakan perniagaan berkos rendah.
Kini, perkataan SoHo- Small office Home office sudah menjadi kebiasaan. Seperti yang saya sering sarankan, apabila memulakanperniagaan, fikirkan pilihan untuk mengurangkan kos permulaan.Zaman kini, dengan kebolehan dan kekuatan Internet, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan daripada rumah. Mulakan SoHo! Memulakan perniagaan secara tradisional, seperti menyewa tapak kedai, membuat renovation kedai, memasang kelengkapan kedai dan sebagainya boleh memakan berpuluh ribu ringgit kos permulaan. Itupun belum dikira kos overhead yang tinggi membayar elektrik, air,air-cond, pekerja, pengangkutan dan sebagainya.
Bolehkah perniagaan anda dilakukan daripada rumah? Itulah soalan pertama yang anda perlu tanya. Small office home office adalah konsep yang sangat popular di negara barat, dan kina mula mendapat perhatian kita di Malaysia.
Secara peribadi, saya telah menjalankan perniagaan SoHo sejak 10 tahun lalu! Bila kita kurangkan kos, maka,keuntungan juga bertambah berlipat kali ganda!Perniagaan tidak kira keadaan ekonomi .
Satu tip yang saya terima dari pakar perniagaan adalah, tidak kira ekonomi naik atau turun, permintaan produk dan perkhidmatan mengenai health dan juga wellness tidak banyak berubah. Ini kerana,orang ramai kini menitik beratkan kesihatan tidak kira keadaan ekonomi.
Fikirkan produk dan perkhidmatan yang tidak terjejas dengan keadaan ekonomi. Pelajari trend belian ketika ekonomi merosot, dan anda pasti akan jumpa produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk dijual!
Menurut majalah Entrepreneur, produk organik juga adalah antara produk yang akan boom ketika ekonomi merosot. Luangkan masa untuk membaca majalah-majalah perniagaan dan mencari idea-idea perniagaan! Akhir kata...Tak kira keadaan ekonomi, dengan kebijaksanaan, usahawan perlu melihat peluang-peluang yang ada dihadapan mereka. Fikirkan positif dan jangan hanya lihat kepada kesan ekonomi negatif sahaja. Saya kenali ramai usahawan yang berjaya ketika keadaan ekonomi merosot!Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapa tmengubah pendekatan perniagaan supaya dapat hidup tak kira ekonomi turun atau naik.Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk targetmarket baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.
Tiada yang mustahil dalam perniagaan!Teringat saya kisah kawan baik saya, jutawan hartanah Azizi Ali.Tahukah anda bagaimana beliau menjadi jutawan? Beliau membeli rumah ketika gawat 10 tahun lepas, dan menjualnya ketika ekonomi pulih semula!Itulah yang dinamakan jutawan gawat- menggunakan peluang kegawatanuntuk memperolehi keuntungan!
Jutawan Gawat
|Posts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment