SKIL KOMUNIKASI DALAM PERNIAGAAN

|

Dalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation.Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit "talk" atau ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation adalah penting dalam perniagaan.Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs,Oprah Winfrey... semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation... mungkin juga sebaliknya, mereka hebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan lagi perniagaan kita.

Berikut adalah beberapa tips:

***Start with a BANG!
Mula dengan sesuatu yang mengejutkan... atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.Kemudian tanya... "Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam keadaan ini...". Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada minit yang pertama.

***Keep it short
Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu,20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej!

Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more... dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.

***Relate with them
Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang "lebih kurang" sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien.Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat,pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap,hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah.

Survey ada mengatakan, public speaking adalah
#1 perkara paling menakutkan untuk orang ramai. Masa saya dulu2 di sekolah &university, saya sendiri antara mereka yang takut hendak memberi public speaking. Tak berani! Tapi, sekarang, public speaking & presentation menjadi antara rutin karier saya :)

-Irfan Khairi
Kuala Lumpur

Tupperware Brands All-New All-Exciting Catalogue

|

Jika ada sebarang tempahan untuk catalogue ini sila hubungi emailkan kepada kami di:

Madagascar

|



PROMOTION IS VALID UNTIL 31 JULY 2009 or while stocks last
ORDER NOW!!!
Jadilah orang terawal memilikinya

Tupperware - Tumblers in Ice Age 3

|

Ciri-ciri Usahawan

|

adakah anda seorang usahawan?Ramai orang mengimpikan untuk memulakan perniagaan sendiri tetapi tidak semua yang sesuai di dalam bidang ini. Bekerja untuk pihak lain menawarkan kelebihan yang banyak, daripada insurans kesihatan dan sumbangan persaraan yang setimpal sehinggalah ke jadual biasa dan rakan sepejabat. Jika anda terfikir untuk berusaha sendiri,pertimbangkan dengan teliti samada anda mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya. Usahawan yang berjaya mesti memiliki nilai-nilai berikut:

Disiplin
Berjimat
Keyakinan Diri
Skil Komunikasi Yang Baik
Rendah Hati Kejujuran
dan Keazaman
Skil Penyimpanan Rekod Yang Sangat Baik
Keghairahan
Kesukaan
Motivasi
Pembangunan Diri dan Pengetahuan Kesihatan Yang Baik
Kebolehan Mewujudkan Keseimbangan
Optimistik

Ciri-ciri peribadi akan banyak mempengaruhi potensi anda untuk berjaya sebagai usahawan. Sebelum mengambil risiko dari segi kewangan dan kerjaya, pastikan anda telah menafsirkan samada anda mempunyai komitmen dan apa yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya.Jika anda tidak mampu untuk mengetahui potensi yang ada pada diri anda, pelajarinya kerana setiap kemahuan yang ingin anda kecapi boleh dipelajari dan jika dipraktikkan dengan betul anda menghampiri kepada matlamat asal anda untuk berjaya. Setiap manusia dibekalkan dengan akal fikiran yang waras, gunakan kelebihan ini bagi membantu anda dan perniagaan anda dalam memastikan anda tidak ketinggalan dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.Sebagai manusia kita seharusnya digalakkan untuk berusaha dan mempelajari. Usaha dan tekad untuk mempelajari sesuatu yang baru itu perlu bagi membantu anda mengenalpasti peluang yang benar-benarbersesuaian dan serasi dengan naluri anda.

Kejayaan Berjangkit

|

Oleh: Irfan Khairi

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita?Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita?Contacts kita dan sebagainya!

Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi"If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys".Mastermind group Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind'tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya.Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran supaya sama-sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep "kejayan berjangkit ini". Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.
Success breeds success Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins"Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!Mengapa kah ini berlaku?

Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan,pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.Apabila seseorang itu mencapai kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dang mengulangi kejayaan yang dikecapi.

Siapakah role-model anda?Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga,kejayaan adalah berjangkit!

Kegagalan juga berjangkit!Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula dengan kegagalan!?Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!Flock with the TurkeysSekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya juga berjangkit.Sekiranya di kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah satu racun yang amat berbahaya.Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif,sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita! Sudah jatuh, ditimpa tangga pula Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering disusuli dengan kegagalan.

Mengapa pula ini terjadi?Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuh kan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu.Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan daripada kegagalan!

Silap memilih role-model!Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranyatersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap.Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan,tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita.Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kakiminum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita tentang erti sebenar kejayaan.Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita.Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akanterjangkit pada kita pula.Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain(penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya menyukai nya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka,Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.

Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara.Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja didunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!

 

©2009 meerci | Template Blue by TNB