BungaTelurSet

|

92874 Bunga Telur Set (10) 250ml
RM68.80 Now
RM86.00 Retail


Bunga Telur Blessings and more

Aidilfitri Set 17August - 30September

|



63516 Festive Tiffin
Rm108.00 Now

1. 63430 Tall Canister (1) 1oL = RM53.90 Now

2. 63464 OT Canister Large (2) 3.8L = RM63.70 Now

3.63514 OT Topper Large (4) 2.1L = RM95.40 Now

4. 63463 OT Canister Small (4) 2.0 L = RM87.40 Now


A227 Aidilfitri Serving Set = RM97.90 Now

1. 63183 Kurma Gift Set = RM34.90 Now

2. 63011 Salam Mesra Cake Gift Set = RM35.40 Now

3.91765 Colors of Spring Canister (4) 1.1 L = RM76.80 Now

4. 91724 Colors of Spring Servers (4) 500ml = RM48.30 Now

BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA

|

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam sehari nya.
Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buangmasa ini:
MATLAMAT DIKECILKAN
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan
TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahananbadan anda dengan tekanan kerja.Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka dibarat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!
SUARA POSITIF
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita gembira!Mereka yang optimis akan...- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka- Sering mencari penyelesaian daripada masalah, dan bukannya memperbesarkan suatu masalah.Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka sering bercerita tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!
PRINSIP 80-20
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda dapat menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!
oleh irfan khairi

FREKUENSI PEMIKIRAN BESAR

|

Pastinya anda pernah dengar kata-kata pakar motivasi untuk berfikir besar- Think big!
Sekiranya pendapatan anda kini adalah RM3,000,bayangkan anda mampu memperolehi RM30,000. Sekiranya pendapatananda adalah RM5,000, bayangkan pendapatan boleh mencecah RM50,000!Boleh kah anda bayangkan?Untuk kebanyakan antara kita ianya adalah amat sukar! Bukannya senang untuk think big  Mana taknya, bertahun-tahun kita dalam lingkungan pendapatan yang "lebih kurang sama" sahaja, masakan pula hendak berangan pendapatan kita boleh berganda 10.
Hendak meyakinkan diri, satu cerita, inikan pula kalau kita kongsikan matlamat "think big" kita dengan kawan, sudah tentunya kita hanya akan kena perli mereka.
Biarkan saya berkongsikan satu rahsia dengan anda: Berfikir besar adalah titik permulaan segala yang hebat berlaku! Ianya adalah amat penting untuk berfikir besar. Mengapa pendapatan atau kejayaan seseorang itu tidak cemerlang sepertimana yang diinginkan? Pastinya kerana mereka tidak fikir besar.
Saya teringat satu rancangan TV menjemput saya sebgaai tetamu baru-baru ini untuk berbicara tentang potensi diri, dan dalam rancangan tersebut, terdapat selingan temubual diluar studio dengan orang ramai. Penemubual bertanyakan pada seorang lelaki yangberpakaian kemeja segak, bertali leher. Penemubual bertanya"Bolehkah anda menjadi Jutawan?". Jawapan yang diberikan"Insyaallah, dengan usaha yang lebih, mungkin saya akan capai hasrat saya itu satu hari nanti"Tak lama kemudian, orang lain pula ditemubual. Kali ini, seorang lelaki yang memakai T Shirt dan berseluar jeans (kelihatan agak selekeh). Soalan yang sama ditanya "Boleh kah anda menjadiJutawan?". Jawapannya pula.... "er... er... saya tak pernah terfikir pula. Mana la tahu, kalau saya menang pertandingan ke... mungkin boleh jadi jutawan... er... tapi, tak tau la...
Lelaki pertama memberi jawapan yang berfikiran besar. Manakala lelaki kedua memberi jawapan yang agak kurang memuaskan- jadi jutawan dengan menang pertandingan??Jawapan yang mereka berikan mencerminkan personaliti dan fikiran masing-masing.
Lelaki pertama kelihatan daripada pakainannya seperti seorang yang berjaya- pastinya seorang yang berfikir besar yang telah dicerminkan daripada jawapannya.Manakala lelaki kedua pula, dari pakaiaannya yang agak selekeh mungkin tersangkut dalam keadaan keselekehan itu kerana berfikiran kecil!
Ketika saya di Universiti, saya sudah mula melatihkan diri untukberfikir besar. Ya, berfikir besar adalah satu kebolehan yang boleh dipelajari dan bukan sesuatu yang sedia ada dalam seseorang.
Secara tabiat, manusia tidak akan berfikir besar oleh kerana telah lama dan selesa dalam keadaan semasa. Tabiat manusia juga adalah sukar untuk diubahkan. Begitu juga minda dan fikiran manusia yang tidak suka diubah. Sekiranya "frekuensi" pemikiran seseorang itu sukaberfikir kecil, maka, itulah keadaan yang sering difikirkan dan sukar diubah.
Sekiranya pula "frekuensi" pemikiran seseorang itu adalah besar,maka, dia akan sering berfikir yang besar-besar sahaja. Tahukahanda Donald Trump pernah kerugian dan berhutang US1billion? Ya,satu ketika dulu beliau hampir hilang segala-galanya (dan berhutang lagi!), tetapi, oleh kerana "frekuensi" pemikirannya yang besar membolehkannya memusingkan keadaan sehingga beliau memperolehi berbillion-billion kembali!
Ianya adalah agak bahaya sekiranya kita sering fikir kecil dan tidak pernah berfikir besar. Kalau fikir besar pun, biasanya sebesar mana yang kita yakin akan tercapai dengan mudah sahaja- dan tidak lebih daripada itu. Itulah keadaannya frekuensi berfikirkecil.Manakala sekiranya kita keluar daripada keselesaan kita, kita fikir besar lebih jauh daripada apa yang kita boleh capai. Lebih hebat daripada apa yang kita inginkan dan lebih sukar daripada apa yang kita sering lakukan, maka, kita dapat melatihkan minda kita untuk berfikir dalam frekuensi fikiran besar.
Di sini saya ingin berikan sedikit latihan kepada anda:Apakah matlamat anda yang paling besar yang anda boleh fikirkan, dimana anda yakin anda tidak akan gagal. Berhenti sebentar dan fikirkan soalan ini sebelum meneruskan bacaan..."Apakah matlamat anda yang paling besar yang anda boleh fikirkan,di mana anda yakin anda tidak akan gagal."Jawapan yang anda miliki itu belum lagi berfikir besar. Dengan jawapan yang anda ada dalam fikiran anda, gandakan pencapaian matlamat itu 10 kali ganda lagi!
Kini, itulah titik permulaan anda!Tidak kira betapa jauhnya atau besarnya matlamat tersebut, fikirkan matlamat itu setiap hari mulai hari ini. Tidak kira betapa"kelakar"nya bunyinya kepada anda, berikan sedikit peluang untuk minda anda untuk melatihkan diri untuk berfikir dalam frekuensi fikiran besar.
Istilah mat salleh berbunyi, "Aim for the stars, if you miss, youwill still reach the moon!". Biarkan fikiran anda bebas berfikirbesar sebesar-besarnya oleh kerana sekiranya ianya tidak capaipun, masih lagi tidak mengapa kerana, anda telah memberi peluang kepada diri anda meletakkan satu standard yang jauh lebih tinggi.Apa sahaja pencapaian sudah pastinya membanggakan. Itulah kehebatan berfikir dalam frekuensi fikiran besar!

MENJADI JUARA, PULANGAN BERGANDA

|

Oleh: Irfan Khairi
Setiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat ke-dua.Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja! Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.

Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua... ketiga... dan lain-lain.
Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda. Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda. Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan dalam perniagaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda.
Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sambil lewa, pulangan anda terima juga adalah sambil lewa. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana.Pastikan anda berusaha untuk mencapai apa yang dicapai oleh 10% teratas mereka yang mendapat pulangan tinggi dalam industri anda. Ini memerlukan usaha anda sendiri dalam memperbaiki ilmu dan mengaplikasikan ilmu tersebut.Bolehkah anda namakan antara top 10% juara income earners didalam industry anda? Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!

Mengejar Matlamat Bagaikan Mendayung Sampan

|

Satu tip yang saya ingin kongsikan dari mentor jutawan Azman Ching,adalah mengenai usaha dalam mencapai matlamat. Memang banyak dah artikel mengenai matlamat saya kongsikan, tetapi, apa salahnya kita dengar inetrpretasi Azman Ching pula...
Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan ditengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.Tiba-tiba, datang ombak... menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung.Tetapi, ombak menolak lagi... lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain...Sampai, kita give up... and kata... alamak, susahnya nak capai pulau yang tu... takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain.... dan lain... dan lain...Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Saya percaya anda yang membaca, anda mempunyai matlamat hidup dan kewangan yang jelas. Tetapi, akibat "ombak" yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain... sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.

Bagaimana Caranya Memusnahkan Pesaing Anda

|

dalam apa sahaja perniagaan, semestinya ada mempunyai pesaing. Pesaing adalah lumrah dalam perniagaan. Adakah pesaing baik atau tidak baik untuk perniagaan anda?Ada yang akan kata pesaing adalah baik. Ada juga yang mengatakan pesaing adalah tidak baik untuk perniagaan. Sekiranya anda tanya pada saya, saya tidak suka pesaing dalam perniagaan
Semestinya dalam perniagaan, pesaing adalah antara faktor utama yang menentukan keuntungan perniagaan kita. Berita baiknya,terdapat strategi cara bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menggandakan keuntungan perniagaan anda!Bagaimana caranya memusnahkan pesaing?
Adakah dengan cara kita memburuk-burukkan pesaing kita?Sudah pastinya tidak. Kerana, dengan memburukkan pesaing kita, 10 lagi orang akan memburukkan perniagaan kita!Adakah caranya menurunkan harga supaya harga kita lebih rendah dari pesaing kita?Memang ia antara strategi, tetapi, menurunkan harga akan menyebabkan peperangan harga yang mana kedua-dua pihak akan rugi.Adakah caranya menambahkan kualiti produk dan perkhidmatan anda?Zaman ini, kualiti adalah satu kemestian. Ianya adalah kemestian untuk berniaga. Bermakna, produk anda berkualiti, peroduk pesaing juga adalah berkualiti. Sukar untuk bersaing pada kualiti oleh kerana semua usahawan akan mengejar kualiti dan meletakkannya sebagai keutamaan.Oleh itu, apakah caranya untuk memusnahkan pesaing anda sekiranya bukan dengan cara memburukkan, menurunkan harga atau menambahkan kualiti?
Jawapannya terkandung dalam siri "Laporan X: Cara BagaimanaMemusnahkan Pesaing Anda"Dapatkannya di: lawati http://www.IrfanKhairi.com/laporanX Laporan X mendedahkan bagaimana anda boleh membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan cara membina jenama perniagaan anda. Strategi yang didedahkan menunjukkan cara terbukti bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menjadi pilihan utama kepada pelanggan.Shahril, sekiranya anda memiliki perniagaan, atau dalam perancangan untuk memulakan perniagaan, "Laporan X: Cara Bagaimana Memusnahkan Pesaing Anda" pastinya adalah satu permata yang mesti anda miliki.

Produk baru lagi Dgn Harga Terhebat

|

Moon Cake

|

Edisi Ramadhan

|




 

©2009 meerci | Template Blue by TNB